fbpx
Para penumpang yang masuk melalui Terminal Feri Kuala Perlis tiba di Terminal Feri Kuah ketika pembukaan semula gelembung pelancongan domestik September lalu.

Ramai ke Langkawi jika tiada isu feri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Jumlah kemasukan pelancong ke pulau peranginan ini mungkin lebih tinggi berbanding 1.8 juta yang dicatatkan tahun ini sehingga September lalu sekiranya tiada isu berbangkit mengenai feri.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, data kemasukan pelancong itu banyak dipe­ngaruhi oleh perjalanan feri yang terhad.

Ujarnya, sekiranya perjalanan feri ditambah, angka kemasukan pengunjung ke pulau ini juga akan meningkat.

“Pemulihan industri pelancongan di Pulau Langkawi dapat dipercepatkan jika perkhidmatan feri dan terminal ditambah baik,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Berita berkaitan: Terkandas 6 jam, pelancong sudah serik naik feri

Perjalanan feri ke Langkawi kini hanyalah purata lima perjalanan sehari bagi setiap laluan Kuala Kedah dan Kuala Perlis berbanding purata 10 perjalanan pada 2019.

Kemasukan pelancong pada 2019 adalah seramai 3.9 juta orang.

Berita berkaitan: Feri boleh buat Langkawi ‘mati’

Mengulas lanjut, kata beliau, perancangan jangka masa panjang juga perlu disertakan de­ngan pembinaan terminal feri baharu di Kuala Kedah dan Kuala Perlis.

“Ini kerana Langkawi masih menerima sambutan yang baik daripada pelancong, namun perjalanan feri yang terhad menyebabkan bilangan kedata­ngan pelancong ke sini terkesan,” ujarnya.

Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Mac lalu mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk kajian pembinaan terminal feri baharu di Kuala Perlis.

“Sehubungan itu, Lada meminta kajian itu dapat disegerakan supaya pembinaan terminal baharu di lokasi yang lebih baik boleh dipercepatkan,” tambah­nya.

Kosmo! semalam melaporkan industri pelancongan di Langkawi boleh lumpuh disebabkan pelbagai isu terutama feri yang sering terkandas, kesukaran mendapatkan tiket dan kekura­ngan trip.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN