fbpx

Remaja maut motosikal rempuh Toyota Camry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan mengorbankan nyawa penunggang motosikal yang di Kilometer 4, Jalan Tanjung Ipoh-Seri Menanti, Kuala Pilah petang tadi. - IHSAN PEMBACA

KUALA PILAH – Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Tanjung Ipoh-Seri Menanti, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15Z.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Camry dalam perjalanan dari Kuala Pilah menghala ke Seri Menanti berhenti di bahu jalan untuk membelok ke kanan kerana ingin berpatah balik ke arah Kuala Pilah.

“Setelah didapati selamat, kenderaan tersebut membelok ke kanan sebelum datang sebuah motosikal yang ditunggang mangsa.

“Si mati tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kanan kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amran memberitahu, akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN). Pemandu kereta pula tidak cedera.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI