fbpx
PERANTI terbaharu ini mampu memberikan foto lebih jelas walaupun dalam cahaya malap.

Gambar kualiti tinggi dengan telefon baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYARIKAT pengeluar telefon pintar vivo terus bergerak ke hadapan dengan melancarkan peranti terkininya, Vivo V25 Pro.

Peranti ini dilengkapi dengan ciri fotografi yang unggul dan direka untuk pengguna mengekspresikan diri mereka melalui gambar dan video.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera belakang ultra-sensing OIS 64MP yang menawarkan keupayaan OIS dan EIS yang dipertingkatkan serta kamera sudut lebar 8MP.

Selain itu, peranti terbaharu ini memberikan pengalaman pengimejan sangat baik dan membolehkan pengguna merakam gambar berkualiti tinggi dan sangat lebar dengan lebih mudah.

Peranti ini menetapkan standard baharu dalam fotografi malam dengan ciri mod super malam yang dinaik taraf.

Ia dapat memperbaharui warna dan kecerahan imej yang sangat tepu pada waktu malam dengan tepat.

Ditambah dengan ciri pemandangan malam ekstrem masa nyata baharu, pengguna boleh melaraskan tahap pendedahan secara manual apabila melihat imej.

Ini mampu meningkatkan lagi kecerahan, kawalan hingar dan butiran foto dalam masa nyata walaupun dalam persekitaran cahaya malap.

Secara tidak langsung, ia memberi kebebasan kepada pengguna untuk beraksi dengan ciri potret kamera belakang pada waktu malam.

Dalam pada itu, peranti ini memberikan prestasi hebat dan tinggi kecekapan kuasa untuk menyokong pelbagai kegunaan harian penggunanya.

Selain itu, Vivo V25 Pro turut dilengkapi CPU okta-teras separa perdana, MediaTek Dimensity 1300, dengan RAM 12GB + 8GB RAM tambahan yang menjana keupayaan 5G luar biasa, menyediakan kapasiti pengimejan AI lebih besar untuk menghasilkan video 4K yang menakjubkan.

Peranti ini juga dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar 4,830mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 66W.

Melalui pengecasan pantas tersebut, ia boleh memberikan tenaga dari 0 sehingga 71 peratus dalam masa 30 minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN