fbpx

Pemandu e-hailing disamun, kenderaan dilarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan milik salah seorang penduduk Kampung Baru yang dilanggar lari suspek dalam kejadian malam tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta milik pemandu e-hailing dicuri dalam satu kejadian samun oleh seorang lelaki di Kampung Baru, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mangsa yang berusia 48 tahun itu turut cedera ketika disamun dalam kejadian pukul 11 malam itu.

Tambah beliau, kenderaan milik mangsa telah dijumpai di Flat PKNS Kampung Baru.

“Terdapat calar dan kemek pada kenderaan yang dilarikan dan tidak berlaku sebarang kejar-mengejar.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Dellhan, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI