fbpx
Wanita yang mempunyai kerjaya bukan sahaja mendapat wang, malah mendapat kenalan di tempat kerja. – Gambar hiasan

Ada kerja senang belanja duit sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 60 peratus daripada kira-kira 6 juta golongan isteri terpaksa bekerja dan meninggalkan anak-anak di rumah atau di pusat penjagaan ekoran perlu membantu menambah pendapatan keluarga.

Penasihat Pertubuhan Intelektual Negara, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh berkata, daripada jumlah itu, 2.4 juta adalah golongan isteri dari kumpulan B40 dan ke bawah, manakala 1.2 juta lagi adalah dari kumpulan M40 dan ke atas.

Menurut Wan Hashim, data tersebut merupakan anggaran kualitatif yang diperoleh menerusi kaedah antropologi dan pemerhatian terhadap sumber (golongan isteri bekerja).

“Fakta paling ramai wanita bekerja ialah golongan B40 ke­rana untuk menambah pendapatan keluarga kerana perbelanjaan bulanan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Wan Hashim, keba­nyakan wanita yang kekal menjadi suri rumah adalah mereka daripada golongan atasan kerana pendapatan suami sudah lumayan dan mencukupi.

“Mungkin terdapat peratusan tinggi wanita yang tidak bekerja walaupun mempunyai pendidikan adalah daripada golongan atasan.

“Untuk golongan isteri di kelas menengah (M40 dan ke bawah), saya percaya peratus wanita kelulusan tinggi dan profesional cenderung untuk bekerja.

“Pergaulan saya yang lama dengan golongan ini seperti pensyarah universiti awam dan swasta, pegawai kanan kerajaan dan peniaga korporat mendapati peratus isteri yang bekerja adalah tinggi peratusnya,” jelasnya.

Katanya, selain menambah pendapatan, golongan isteri yang bekerja juga dapat menaikkan martabat atau prestij mereka sebagai wanita untuk berbelanja tanpa mengharapkan duit suami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN