fbpx

Minamino dilabel paling teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINAMINO hanya diturunkan sebanyak dua kali dalam kesebelasan Monaco apabila gagal menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan itu. – AFP

PARIS – Pemain antarabangsa Jepun, Takumi Minamino telah dinamakan sebagai pemain pa­ling teruk dalam kancah Ligue 1 Perancis selepas gagal memberikan impak yang diharapkan bersama AS Monaco selepas mengharungi lapan perlawanan.

Sebagai rekod, Minamino te­lah berhijrah ke Monaco daripada Liverpool dengan nilai perpindahan sebanyak £15 juta (RM80.57 juta) selepas hampir tiga tahun di Anfield.

Selepas mengharungi lapan perlawanan bersama Monaco, Minamino hanya diletakkan dalam kesebelasan utama seba­nyak dua kali dengan enam lagi aksi hanya dimasukkan sebagai pemain gantian.

Menurut media tempatan, pemain berusia 27 tahun itu gagal menyesuaikan diri dengan corak permainan di liga itu, sekali gus tidak menjadi pilihan pengendali pasukan, Philippe Clement.

“Minamino tidak menjadi tunjang pasukan kerana dia dikeluarkan daripada kesebelasan utama atau dimasukkan sebagai pemain gantian. Dia gagal menyesuaikan diri dengan Monaco dan tidak beraksi lebih daripada 67 minit,” kata kenyataan tersebut.

Minamino yang menyertai Liverpool pada 2020 memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama The Reds ketika musim pertama sebelum kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Bekas pemain Red Bull Salzburg itu mengharungi kempen terbaiknya bersama skuad kendalian Jurgen Klopp tahun lalu dengan menjaringkan 10 gol untuk membantu pasukan menjuarai Piala Liga Inggeris (EFL) dan Piala FA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI