fbpx

Ibu tunggal sara lima anak gaji RM30 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu tunggal, Nor Masitah (kiri) menyuap nasi yang dikongsi bersama lima anaknya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Jerek, Gua Musang semalam. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang ibu tunggal dari Kampung Jerek di sini gigih mencari rezeki bagi menyara lima orang anaknya.

Nor Masitah Mohd. Salleh, 32, berkata, dia berasa sedih setiap kali keluar bekerja kerana terpaksa meninggalkan anak-anaknya berusia empat hingga 11 tahun di rumah.

Wanita itu bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai runcit di kampung tersebut dengan gaji RM30 sehari.

“Saya bekerja dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Hanya kerja itu yang boleh saya lakukan dan ber­syukur ke­rana diterima bekerja di situ.

“Selepas berpisah dengan suami hampir setahun lalu, saya membesarkan anak-anak,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di sini semalam.

Nor Masitah memberitahu, meskipun menerima bantuan ibu tunggal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM800 sebulan, namun itu bukan alasan untuknya tidak melakukan sebarang kerja.

Katanya, harga barangan yang semakin meningkat menyebabkan dia perlu mencari pendapatan sampingan bagi memenuhi ke­perluan anak-anak yang sedang membesar.

“Sebelum ini, suami memberi kekuatan kepada saya. Selepas kami berpisah, saya tidak mahu mengalah dan mahu terus kuat demi anak-anak.

“Gaji bulanan sebagai pembantu kedai banyak membantu untuk perbelanjaan termasuk bayaran sewa rumah, makan dan minum dan wang belanja anak-anak ke sekolah,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Nor Masitah di talian 013-961 9023 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0399541100158794.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI