fbpx
Mohd. Azamil menunjukkan kesan api misteri yang dihadapi sebuah keluarga ketika ditemui di Kampung Gadong, Rembau baru-baru ini.

Serangan api misteri ada kaitan angkara sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Masalah api misteri yang dialami tujuh sekeluarga di Kampung Chuai di sini, sejak 23 Julai lalu didakwa berpunca dari­pada perbuatan sihir, namun faktor gangguan lain juga boleh menyumbang kepada keadaan berkenaan.

Salah seorang perawat Islam Darussyifa, Mohd. Azamil Mohd. Noor, 52, berkata, dia bersama seorang lagi perawat iaitu bekas guru, Wahab Jantan, 56, serta seorang jemaah masjid telah ke rumah keluarga itu pada 24 Julai lalu sebaik menerima aduan da­ripada Pengerusi Majlis Pe­ngurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Menurutnya, seperti biasa mereka akan membacakan surah Yasin, ayat ruqyah, wirid serta berdoa kepada Allah SWT agar mengurniakan kesembuhan buat masalah dialami keluarga itu.

“Kita juga meminta ahli ke­luarga menyediakan garam kasar, lada hitam dan air paip. Sesudah bacaan dan doa dilakukan, kita rejam lada hitam di dalam rumah, renjis air Yasin, manakala baki lada hitam digaul dengan garam kasar untuk dicampak ke dinding-dinding luar rumah.

Berita berkaitan: 20 kali diserang api misteri

Berita berkaitan: Kami sudah penat, api misteri masih menyerang

“Kaedah ini bertahan sementara, namun pada petang Isnin (25 Julai) berlaku kebakaran membabitkan lokar serta ­am­pai­an baju anak saudara ke­luarga itu di sebuah sekolah ber­asrama harian di daerah ini.

“Keesokan harinya kita pergi ke asrama berkenaan untuk tujuan perawatan dan hingga ke hari ini, tiada kejadian berkenaan berulang di asrama itu,” katanya ketika ditemui di Kampung Gadong, di sini baru-baru ini.

Ujar beliau, pihaknya tidak menolak wujud unsur sihir, namun tidak mengetahui apakah punca sihir itu dilakukan dan kenapa sihir tersebut disasarkan kepada keluarga tersebut.

“Apa pun kita nasihatkan agar orang ramai terutamanya orang Islam tidak sesekali mengamalkan perkara bertentangan de­ngan agama kerana ia dosa besar. Kita juga berharap agar keluarga ini tidak patah semangat serta terus berdoa memohon bantuan Allah,” katanya.

Tambahnya, sepanjang membuat rawatan di rumah tersebut, mereka tidak mengalami sebarang perasaan pelik, namun semasa merejam lada hitam terutamanya di dapur, terdapat pe­rasaan tidak sedap hati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN