fbpx
AHMAD KHAIRUL tidak dapat menahan sebak selepas arwah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara, Pulau Pinang semalam.

Budak lemas mahu ‘pergi’ ikut arwah nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Percutian lapan keluarga di sebuah inap desa yang dilengkapi dengan kolam renang di Kuala Kangsar, Perak kelmarin berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.

Mangsa, Ahmad Hamzah Ahmad Khairul Nizam, 4, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada pukul 1.10 pagi semalam.

Ayah mangsa, Ahmad Khairul Nizam Ahamad Fami, 32, berkata, pada Sabtu lalu, anak sulung daripada dua beradik itu beria-ia memujuk supaya membawanya mandi di kolam renang.

“Ketika kejadian, kami baru tiba di inap desa. Kejadian berlaku pantas semasa saya sedang menyiapkan hidangan manakala isteri (Siti Fatimah Abd Rahim) pula berada berdekatan kolam.

“Anak saya ditemui di dasar kolam, kami mendapatkannya dan memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke hospital pada pukul 6.45 petang (kelmarin),” katanya ketika ditemui Kosmo! Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara di sini semalam.

Cerita lelaki itu, pada Sabtu lalu, arwah anaknya bertanyakan mengenai neneknya yang juga ibu Ahmad Khairul yang meninggal dunia pada Mac lalu akibat strok.

“Dia (arwah) tanya mana tok (nenek) dan beritahu mahu ikut tok pergi,” katanya yang memberitahu anaknya takut dan tidak gemar aktiviti air.

Arwah Ahmad Hamzah baru menyambut hari lahirnya yang keempat pada 23 Julai lalu.

AHMAD KHAIRUL menunjukkan gambar arwah anaknya yang lemas ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara, Pulau Pinang semalam. – FOTO HASLIZA NUSI

Ahmad Khairul memberitahu, sejak lahir semasa isteri dalam pantang sehinggalah arwah anaknya berusia empat tahun, dialah yang menjaga kanak-kanak tersebut.

Jadi hubungan mereka dua beranak sangat akrab.

“Saya reda dengan pemergian anak sulung ini selepas empat bulan kematian ibu. Allah lebih sayangkan mereka,” tambahnya.

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam sejurus tiba dari HRPB dengan menaiki van jenazah pada pukul 9.30 pagi.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN