fbpx

Hubungan cinta Aedy Ashraf, Amelia Henderson berakhir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Mungkin betul kata mereka, sesetengah orang hanya ditakdirkan untuk berada dalam hidup sebagai kenangan”.

Demikian status berbaur patah hati pelakon popular Aedy Ashraf dalam Twitter, sekali gus mengundang spekulasi ramai bahawa hubungan cintanya dengan kekasih hati yang juga aktres cantik, Amelia Henderson sudah berakhir.

Biarpun tidak menyebut sebarang nama, ciapan tersebut seakan-akan memberi gambaran bahawa hubungan percintaan pasangan kekasih itu sedang dilanda masalah atau dalam kata lain telah terputus di tengah jalan.

Lebih menguatkan spekulasi, ada pengikut yang meninggalkan komen bertanya mengapa mereka berdua sudah saling tidak mengikuti satu sama lain dalam Instagram.

Dalam hantaran lain, Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi turut memuat naik emoji bunga layu, seperti menggambarkan ‘Renjana’ (panggilan Aedy kepada Amelia) yang kini dipercayai menjauhkan diri.

Ciapan tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata kecewa seandainya hubungan mereka benar-benar sudah berakhir.

Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar segala yang berlaku antara mereka akan baik-baik sahaja dan dijauhkan daripada sebarang persengketaan.

“Betul ke dah berpisah dan tak bersama lagi? Kalau betul, masih boleh jadi bestfriend (kawan baik) kan?

“Kalau betul berlaku, tak mengapalah, bunga bukan sekumtum. Boleh je berkawan seperti biasa. Itulah lumrah hidup, tak semua yang kita inginkan, kita dapat,” tulis netizen.

Usaha Kosmo Online! untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-dua pelakon itu masih belum berjaya apabila mereka tidak memberikan respons sehingga kini.

Terdahulu, pada 27 Mac lalu, kecoh dalam media sosial apabila tular video memaparkan Aedy melutut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya di sebuah acara festival makanan.

Aedy, 28 dan Amelia, 27, dikatakan mula rapat selepas digandingkan sebagai hero serta heroin dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan November tahun lalu.

Sekitar tahun 2018, Amelia mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suami iaitu Tunku Harunnarasheed Putra. Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tarikh dan punca perceraiannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI