Kerjasama tersebut dilihat dapat menstabilkan harga kelapa sawit di Indonesia serta harga tandan buah segar bagi para petani. – Inibalikpapan

China beli satu juta tan produk sawit Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Menteri Perusahaan Milik Negara, Erick Thohir menyatakan China bersetuju untuk membeli satu juta tan produk kelapa sawit dan pelbagai produk pertanian lain dari Indonesia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menurut beliau, pembelian tersebut dapat membantu menstabilkan harga kelapa sawit di negara itu.

“Perkembangan ini dapat menstabilkan harga kelapa sawit di Indonesia serta harga tandan buah segar bagi para peladang. 

“Dengan ini, ia bukan sekadar dapat memulihara  kepentingan peladang negara ini, bahkan mewujudkan peluang pekerjaan baharu,” kata Erick.

Tambah beliau, China merupakan rakan strategik Indonesia menerusi kerjasama saling menguntungkan antara kedua-dua negara.

Justeru, hubungan dagangan yang kukuh antara Jakarta dan Beijing dilihat sebagai komitmen konkrit dalam memajukan produktiviti pertanian dan kesejahteraan para petani.

“Menerusi kerjasama tersebut, Indonesia dapat meningkatkan kepastian penyerapan pasaran produk keluaran petani.

“Dalam masa sama, negara ini boleh memanfaatkan kejayaan China dalam mengoptimumkan sumber asli dan pasaran besar untuk kemajuan negara.

“Seperti yang kita tahu, selama ini sumber asli dan pasaran besar yang dimiliki Indonesia belum benar-benar dimanfaat secara optimum untuk pertumbuhan ekonomi. Jadi, inilah apa yang mahu kita lakukan sekarang,” jelas Erick. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN