fbpx
Anggota bomba memadamkan kebakaran kedai itu.

Kedai kosong musnah angkara pembakaran sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tindakan pantas bomba memadam kebakaran sampah dalam sebuah kedai kosong berjaya mengelak merebak premis lain di Lebuh Gopeng, Bandar Baru Klang di sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu memusnahkan kira-kira 80 peratus premis tersebut. 

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.01 petang.

Katanya, operasi itu disertai sepasukan 16 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Andalas dan Kota Raja.

“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran berlaku di tingkat dua bangunan kedai empat tingkat tersebut.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan sampah yang ditinggalkan di premis kosong tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Zulfikar, kebakaran itu berjaya dikawal pihaknya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

“Punca sebenar kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN