fbpx

Tidak timbul isu kekurangan pegawai perubatan – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa tidak timbul isu berlakunya krisis kekurangan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA).

Kementerian itu berkata, pihaknya merujuk kepada surat daripada HKL yang tular berkaitan dengan isu kekurangan pegawai perubatan di dua hospital tersebut berikutan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL bermula pada 18 Julai depan.

“Untuk makluman, surat yang dikeluarkan oleh pengurusan HKL tersebut adalah bertujuan melaksanakan penyelarasan dalaman bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan khususnya di Jabatan Kecemasan HTA terus berjalan lancar.

“Selaras dengan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL dan HTA pada 18 Julai depan, KKM juga telah merancang pertukaran masuk pegawai perubatan dari negeri lain ke HKL dan HTA pada tarikh yang sama bagi menggantikan pegawai perubatan yang bertukar keluar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, urusan pertukaran itu adalah prosedur biasa yang dilaksanakan oleh KKM bagi melaksanakan arahan dan memproses permohonan pertukaran pegawai dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Hartal Doktor Kontrak menerusi platform Twitter mendedahkan satu surat daripada Unit Pengurusan Pegawai Perubatan HKL bertarikh 30 Jun 2022 berhubung sesi perjumpaan pegawai perubatan bidang pengurusan susulan ‘krisis kekurangan pegawai perubatan di HKL dan HTA.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI