fbpx
UMP buat penyesuaian segera terma­suk pelan jangka sederhana dan jangka panjang dalam menangani isu internet yang menjadi keperluan.

UMP sedia pelan segera dan jangka panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang (UMP) memandang serius mengenai isu capaian internet khususnya kemudahan Wi-Fi yang agak terhad di universiti itu dan telah merangka pelan termasuk­lah dalam jangka ma­sa panjang bagi mengatasi masalah tersebut.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Ts Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, masalah itu ekoran peningkatan penggunaan kemudahan internet akibat perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta gaya hidup pascapandemik.

Beliau berkata, penyesuaian segera perlu dilakukan terma­suk pelan jangka sederhana dan jangka panjang dalam isu internet yang menjadi keperluan pada masa ini.

“Dalam perancangan segera berdasarkan cadangan yang disuarakan oleh pelajar melalui Majlis Perwakilan Pelajar, pihak universiti sedang menyediakan pelan cadangan peningkatan tahap sokongan dan penyelenggaraan kepada pelajar melalui penyediaan kawasan hotspot di kawasan kolej dan bilik pelajar dalam tempoh terdekat.

“Pelan jangka panjang pula menyaksikan pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan peruntukan naik taraf dan penggantian perkakasan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya.

Dr. Yuserrie berkata, pada masa ini, akses internet di dalam kampus UMP (Pekan dan Gambang) telah dibangunkan secara menyeluruh menggunakan perkhidmatan internet MyREN yang disediakan Tele­kom Malaysia dengan kapasiti 10 Gbps.

“Kesemua bilik pelajar di kolej kediaman UMP disediakan kemudahan rangkaian berwayar.

“Para pelajar dibenarkan membawa perkakasan wireless bagi membolehkan kemudahan rangkaian tersebut digunakan secara lebih cekap.

“Bagi tujuan ini, pihak Pusat Teknologi dan Maklumat UMP telah memberikan perkhidmatan konfigurasi perkakasan ini secara percuma kepada pelajar yang memerlukan bagi membantu mereka,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN