fbpx

Mat Kilau pecah rekod, Syamsul enggan sejarah Munafik 2 berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL beri amaran agar individu yang membocorkan filem Mat Kilau dalam media sosial segera bertindak menarik balik perbuatan berkenaan sebelum dikenakan tindakan undang-undang.

PETALING JAYA – Filem arahan sutradara, Syamsul Yusof, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan mencatat sejarah sebagai filem epik pertama Malaysia yang berjaya memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan.

Perkara tersebut dimaklumkan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd. Yusof apabila filem terbitan Kembara Studio dengan kerjasama Skop Productions itu mencatatkan kutipan sebanyak sejuta pada hari tayangan pertama.

“Izin Allah. Maka dengan ini Mat Kilau menjadi filem epik pertama Malaysia memecahkan rekod pembukaan sebagai filem epik Melayu dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah.

“Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan 1 million in just one day (satu juta kutipan panggung dalam hanya sehari),” coret Syamsul, 38, berkongsi berita membanggakan tersebut dalam satu entri Instagram.

Sungguhpun begitu, Syamsul melahirkan rasa kecewa apabila wujud pihak-pihak tidak bertanggungjawab ‘membocorkan’ filem arahannya itu menerusi platform media sosial.

Kata Syamsul, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya membocorkan filem kepada umum.

“Para pengguna TikTok dan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang. Alamat akaun media sosial kalian telah dikenal pasti.

“Padam sekarang sebelum terlambat. Kepada yang lain, sila hati-hati. Tidak dibenarkan memuat naik visual atau klip dari filem melebihi lima saat. Pihak penerbit berhak saman anda dan tindakan undang-undang boleh dikenakan.

“Saya tak mahu kes saman filem Munafik 2 dulu berulang sekali lagi sampai orang tua menangis mohon maaf atas perbuatan tidak bertanggungjawap anak mereka. Maaf saya terpaksa ambil juga tindakan mahkamah dulu. Akhirnya mereka diisyitihar muflis dan nama disenarai hitam kerana saman gagal dibayar,” katanya.

Terdahulu, filem Mat Kilau telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam, 23 Jun 2022.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu membariskan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asa’ri, Datuk Adi Putra, dan Wan Hanafi Su. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI