fbpx

Pulau cantik di Britain untuk dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan pulau Vaila yang terletak kira-kira 16 kilometer dari tanah besar Shetland. – Savills

EDINBURGH – Sebuah pulau yang terletak di kepulauan Shetland di Scotland akan dijual oleh pemiliknya selepas 30 tahun, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Pulau Vaila yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan bot dari tanah besar Shetland itu berkeluasan 306.3 hektar. Ia mempunyai pantai  sepanjang 10.5 kilometer dan sebuah menara loceng yang menghadap ke laut.   

Pulau itu juga mempunyai Vaila Hall iaitu sebuah ‘istana’ abad ke-17 yang dilengkapi enam bilik tidur dan digambarkan sebagai salah satu bangunan paling menarik di Shetland. 

Pulau Vaila ditawarkan pada harga lebih £1.75 juta (RM9.4 juta), demikian menurut akhbar Daily Star.

Pemilik pulau itu, Richard Rowland dan Dorota Rychlik tinggal di sana selama hampir 30 tahun selepas berpindah dari London. Pasangan itu memulihkan Vaila Hall dan berkahwin di pulau tersebut.

“Kami telah melalui 30 tahun yang hebat di sana dan sekarang saya rasa sudah tiba masanya untuk orang lain mengambil alih tempat itu. Seseorang perlu menjadi lebih realistik bahawa tiada yang kekal selamanya,” kata Roland kepada laman berita Shetland News. 

Pulau itu juga mempunyai sebuah kotej dengan dua bilik tidur dan sebuah rumah ladang dari abad ke-19.

Rumah ladang itu dilengkapi dengan kandang lembu yang digelar ‘rumah paus’ kerana memuatkan rangka paus sperma sepanjang 12.8 meter yang terdampar di pulau itu pada tahun 2000. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI