fbpx

PM terima Ijazah Kehormat Doktor Perubatan di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) ketika dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan oleh Presiden Universiti Nihon, Dr. Naoto Kato di Tokyo, Jepun hari ini. Foto IHSAN PEJABAT PERDANA MENTERI

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon di Tokyo, Jepun hari ini sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan beliau dalam memerangi pandemik Covid-19.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden Universiti Nihon, Dr. Naoto Kato di universiti tersebut yang terletak di bandar raya Itabashi, dalam satu majlis sewaktu rangka kerja Perdana Menteri selama enam hari ke negara matahari terbit itu.

Ismail Sabri berkata, anugerah tersebut bagaimanapun bukanlah untuk dirinya tetapi untuk seluruh Keluarga Malaysia yang bersatu hati bersama-sama kerajaan untuk menghadapi pandemik Covid-19.

“Pada Mac 2020, saya telah diamanahkan sebagai Menteri Kanan Pertahanan Kluster Keselamatan yang bertanggungjawab menerajui serta mempengerusikan mesyuarat khas Menteri-menteri dalam memerangi ancaman pandemik ini.

“Bermula detik itu, seluruh kekuatan dan aset digembleng secara bersama. Agensi-agensi kerajaan termasuk pasukan kesihatan dan keselamatan selaku barisan hadapan digerakkan secara bersepadu dalam usaha menangani wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, segala faktor yang boleh menjadi punca kepada penularan wabak tersebut dikenal pasti serta ditangani sebaiknya dan peperangan menentang Covid-19 merupakan sesuatu yang besar juga mencabar.

“Kini Malaysia telah mencapai 95 peratus populasi dewasa negara yang telah menerima dua dos vaksin namun kami sedar bahawa selagi dunia belum mencapai kadar peratusan vaksinasi sepadan, pandemik ini akan terus melambatkan usaha pemulihan ekonomi global.

“Tambahan pula, kedudukan Malaysia sebagai salah satu daripada 25 negara perdagangan
teratas di peringkat global mendedahkan kami kepada sebarang perkembangan yang menjejaskan pengeluaran dan keupayaan logistik di seluruh dunia,” tambah beliau.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, anugerah tersebut juga merupakan satu pengiktirafan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang telah membuktikan keupayaannya untuk menangani pandemik Covid-19 dengan cara sendiri-19.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI