Gambar hiasan.

Negeri Sembilan rekod 2,249 kes HFMD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sebanyak 2,249 kes jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dilaporkan di Negeri Sembilan sejak awal tahun sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, kumulatif kes pada minggu semasa juga adalah sebanyak 766 kes iaitu peningkatan sebanyak dua kali ganda berbanding minggu sebelumnya.

“Seremban mencatatkan jumlah kes HFMD yang paling tinggi aiaitu 1,358 kes diikuti oleh Port Dickson (274), Jempol (200), Rembau (197), Kuala Pilah (87), Tampin (83) dan Jelebu (50).

“Kumulatif wabak HFMD di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah sebanyak 35 wabak dan daripada jumlah tersebut, hanya empat wabak yang masih aktif iaitu tiga di daerah Jempol dan satu di daerah Kuala Pilah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Veerapan berkata, peningkatan kes yang ketara pada tahun ini berbanding tahun lepas di Negeri Sembilan adalah berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat-tempat awam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN