fbpx
Durian musang king yang masih belum boleh dijual dalam kuantiti banyak di kebun Balik Pulau, George Town.

Hanya pelanggan tetap cari Musang king

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Durian premium di negeri ini masih belum boleh dipasarkan kepada orang ramai disebabkan kekurangan buah akibat cuaca tidak menentu ketika ini.

Sebaliknya raja buah itu kini ha­nya boleh didapati secara tempahan sahaja oleh pelanggan tetap di samping harganya masih mahal dan menjadi bu­ruan orang kenamaan.

Seorang peniaga durian, ­Nicholas Chang, 49, berkata, faktor kekurangan buah akibat cuaca yang tidak menentu telah menyebabkan kenaikan harga mendadak pada tahun ini sekali gus memberi impak kepada nilai pasaran dan peminat raja buah tersebut.

Menurutnya, berikutan perkara itu dia belum lagi memutuskan untuk membuka operasi perniagaan di tepi jalan seperti kebiasaan dan hanya sekadar mengambil tempahan daripada pelanggan tetapnya menerusi panggilan telefon.

Durian premium seperti musang king hanya dijual kepada pelanggan tetap di Pulau Pinang.

“Saya belum bersedia untuk membuka gerai jualan lagi disebabkan kuantiti buah yang diperoleh masih tidak banyak. Buang masa sahaja jika saya memulakan operasi perniagaan waktu sebegini.

“Bagaimanapun, saya sudah mula mengambil tempahan dan menjual durian dalam jumlah yang terhad kepada pelanggan tetap terdiri daripada rakan-rakan, individu bergelar Datuk dan pengurus kilang.

“Ketika ini, orang biasa belum lagi membuat tempahan atau membeli buah durian. Jika ada pun, mereka adalah pekerja kilang yang cuma membeli hanya sebiji dua durian sahaja,” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, Nicholas memberitahu, durian jenis musang king, 604 dan Ambakia menjadi pilihan para pelanggannya meskipun harganya jauh berbeza seperti tahun lalu.

“Saya hanya menerima maksimum dua atau tiga raga buah durian campur-campur sahaja daripada pekebun di kawasan Balik Pulau, Teluk Kumbar dan Sungai Ara. Memang pengeluaran buah durian tahun ini berkurangan,” jelasnya.

Tambahnya, harga semasa bagi musang king ialah RM60 sekilogram, 604 (RM32 hingga RM35 sekilogram), durian kahwin (RM25 hingga RM30 sekilogram) dan Ambakia dipasarkan pada harga RM32 hingga RM35 sekilogram).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN