PUTRAJAYA – Sebanyak 2,246 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,424,097 kes.
Berdasarkan perkongsian data di laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak lima kes dikenalpasti sebagai kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Pada masa sama sebanyak 2,433 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,403,183 kes.
“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan Selangor (1,160 kes), Kuala Lumpur (261 kes), Pulau Pinang (151 kes), Negeri Sembilan (116 kes), Perak (97 kes), Johor (104 kes), Kedah (92 kes) dan Melaka (51 kes).
“Turut menyumbang pada pertambahan kes semalam adalah, Pahang (36 kes), Sarawak (39 kes), Terengganu (32 kes), Sabah (38 kes), Kelantan (46 kes), Putrajaya (empat), Perlis (13 kes) dan Labuan (enam),” demikian maklumat tersebut hari ini.
Dalam pada itu, satu kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,584 kes dan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,533 kes.
Sebanyak 22,368 kes aktif dilaporkan melibatkan 21,230 kes dikuarantin di rumah, empat kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,065 kes di hospital, 30 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 39 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE
















