Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur.

Agong, Permaisuri berkenan solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

Turut sama mengiringi pasangan diraja anakanda Seri Paduka, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada pukul 8.15 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.

Selain itu, anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri bersama pasangan serta orang awam juga hadir menunaikan solat sunat berkenaan.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Usai solat sunat Aidilfitri, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah yang hadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN