Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat di lima negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di lima negeri sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang manakala beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak serta Sarawak.

“Di Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda sementara di Perak pula di kawasan Kerian.

“Bagi negeri Sarawak antara kawasan yang terjejas di Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau),” katanya hari ini.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN