PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan sesak lebih 8 kilometer berikutan pertambahan kenderaan sejak awal pagi tadi.
Tinjauan Kosmo! di laman Twitter Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mendapati keadaan trafik bergerak secara perlahan melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan dari Tapah ke Gopeng arah utara.
Sementara itu, aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh raya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan LPT 2 masih lagi lancar.
Dalam pada itu, Plus Malaysia Berhad (Plus) di Twitter rasminya memaklumkan, kemalangan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan di KM 291.5 arah selatan dari Southville City ke Putra Mahkota menyebabkan lorong kanan terhalang dan aliran trafik bergerak secara perlahan.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan baik dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan yang berlaku. – KOSMO! ONLINE
















