fbpx

Kajian data tingkatkan jualan PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA usahawan kini boleh mengambil peluang menggunakan SYCARDA untuk mengumpulkan maklumat data berkaitan perniagaan mereka. – GAMBAR HIASAN

PERKEMBANGAN dalam bidang digitalisasi pada masa kini turut menyaksikan perubahan landskap perniagaan.

Ia penting bagi kelestarian sesebuah perniagaan termasuk dalam pengumpulan data untuk terus berkembang maju.

Menyedari akan kepentingan pengumpulan data kepada sesebuah perniagaan, Innergia Labs Sdn. Bhd. membangunkan SYCARDA yang merupakan sebuah platform bagi mengkaji data yang diperlukan oleh segmen peruncit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Vernon Chua berkata, SYCARDA merupakan satu platform yang berupaya untuk merekod data transaksi daripada resit secara automatik dan menterjemahkannya dalam bentuk laporan menggunakan teknologi kepintaran perniagaan (BI).

Menurutnya, proses pengumpulan data sebelum ini biasanya dilakukan pengurus kedai dan pengurus kewangan secara manual untuk melaporkan prestasi semasa perniagaan kepada pemilik.

VERNON menunjukkan platform SYCARDA yang boleh diakses menggunakan telefon pintar, tablet dan komputer.

Bagi perniagaan lebih kecil, katanya, kemungkinan besar pemilik sendiri yang membuat laporan itu.

“Oleh itu, SYCARDA dibangunkan bagi membolehkan PKS (perniagaan kecil dan sederhana) terutamanya, mendapatkan data laporan sepertimana digunakan syarikat besar lain bagi meningkatkan prestasi perniagaan.

“Selalunya, syarikat besar mempunyai kewangan dan sumber manusia yang lebih besar untuk mendapatkan data prestasi perniagaan.

“Oleh itu, objektif SYCARDA adalah untuk membantu PKS meningkatkan hasil jualan mereka serta mengurangkan kos operasi,” katanya.

Dalam pada itu, laporan diperoleh daripada pengumpulan data-data tersebut kemudian akan membantu pengurus atau pemilik perniagaan untuk memutuskan tindakan seterusnya.

Mereka boleh memutuskan untuk menukar harga produk,menambah lebih banyak promosi dan kakitangan pada masa serta hari tertentu, selain mengurangkan kos barangan mentah atau memesan lebih banyak stok.

Selain itu, SYCARDA juga boleh membantu mengaudit data Point of Sale (POS) bagi mengenal pasti transaksi penipuan, yang mana resit dikeluarkan lebih daripada sekali atau dibatalkan.

Platform itu juga membantu pengurus perniagaan mengetahui kejadian ini melalui laporan yang dihasilkan daripada data POS mereka.

Ia boleh diintegrasikan dengan mana-mana sistem POS.

MELALUI SYCARDA, pelbagai maklumat seperti jumlah jualan, stok dan lain-lain dapat dipantau dengan mudah.

Vernon berkata, dengan mempunyai data prestasi kedai dalam masa nyata, ia dapat membantu peruncit melihat di mana dan bagaimana cara pelanggan berurusan dengan produk mereka.

“Selain itu, kami mempunyai lebih daripada 100 laporan yang mana platform ini boleh membantu pemilik perniagaan membuat keputusan dengan pantas untuk perniagaan mereka tanpa kesilapan yang disebabkan oleh manusia.

“Ini memandangkan, platform kami beroperasi secara automatik.

“Biasanya, laporan ini akan dilakukan oleh konglomerat menggunakan perunding luar yang mengenakan bayaran mengikut jam,” katanya.

Antara laporan yang terdapat di platform tersebut termasuk, corak transaksi, prestasi cawangan perniagaan, hasil keuntungan dan pendapatan, corak pembayaran, pemantauan inventori dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Vernon memberitahu, SYCARDA telah mengalami banyak penambahbaikan sejak pertama kali dibangunkan.

“Terkini, kami telah menambah satu modul yang dikenali sebagai Revenue Insights yang boleh membantu peruncit serta pengendali makanan dan minuman untuk mengira margin keuntungan mereka pada bila-bila masa.

“Ini dilakukan dengan memasukkan kos-kos lain seperti sewaan premis, barangan mentah dan gaji pekerja yang telah disertakan di dalam laporan supaya PKS boleh memantau aliran tunai hanya beberapa klik sahaja,” jelasnya.

Platform SYCARDA juga boleh digunakan melalui telefon pintar, komputer tablet dan komputer.

Ini membolehkan pemilik perniagaan dan pihak pengurusan mengakses data ini di mana-mana sahaja.

“Untuk SYCARDA, kami hanya mengenakan bayaran sebanyak RM4.90 sehari bagi setiap cawangan dan amaun ini lebih murah jika perniagaan mempunyai banyak outlet.

“Kami juga adalah rakan kongsi 100 Go Digital dan untuk penyelesaian ini, 50 peratus daripada jumlah amaun boleh dituntut semula melalui geran MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI