Permintaan terhadap emas padu semakin meningkat terutama untuk dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang.

Jualan emas padu selamatkan ramai tauke kedai barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pemin­taan tinggi terhadap koleksi emas padu ketika ini seolah-olah membawa tuah selain memberi rezeki luar biasa kepada kebanyakan pengusaha kedai barang kemas yang sebelum ini terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Seorang pengusaha emas, Zakaria Yusoff berkata, permintaan terhadap emas padat tidak pernah berkurangan, sekalipun ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Emas padat lebih mahal tetapi mempunyai kelompok peminatnya tersendiri terdiri daripada golongan berkemampuan.

“Mereka tidak kisah untuk berbelanja besar asalnya berbaloi dan barangan kemas yang dibeli mempunyai keunikan dan kelainan tersendiri,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Zakaria berkata, pembeli bia­sanya menjadikan emas padat sebagai koleksi peribadi berharga yang mahu digayakan pada sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau berkata, permintaan terhadap emas padat tinggi hingga cepat kehabisan sehingga pe­ngusaha emas di Pasar Besar Kedai Payang terpaksa menempah stok baharu dari Pulau Pinang.

“Jualan emas padat sedikit sebanyak menjadi penyelamat kepada perniagaan pengusaha emas yang sedang melalui episod suram sejak bulan lalu.

“Harga emas kini sudah mencecah RM252 segram. Kami faham ia di luar kemampuan orang kebanyakan yang lebih memerlukan wang untuk membeli persiapan raya lain seperti pakai­an dan kuih-muih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN