: Anggota bomba telah memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, FOTO IHSAN BOMBA SELANGOR.

Wanita terselamat, kereta dipandu terbabas dalam cerun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Bomba berjaya menyelamat seorang wanita selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam cerun sedalam tiga meter di Jalan 19, Sungai Chua di sini sebentar tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 2.25 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios telah terbabas dan terjatuh ke dalam cerun yang dianggarkan sedalam tiga meter.

“Kejadian tersebut melibatkan seorang wanita tempatan berusia 58 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Norazam Khamis, pihaknya telah memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum di hantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN