fbpx
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan RM5,000 bagi mengeluarkan sijil dan transkrip

Bekas CEO kolej didakwa terima suapan keluarkan sijil, transkrip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah kolej di Jengka, Maran didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini atas dua pertuduhan menerima suapan bagi tujuan pengeluaran sijil dan transkrip lapan tahun lalu.

Tertuduh, Amran Mustaffa, 58, didakwa menerima suapan RM5,000 daripada Muhammad Izhar Ismail melalui pengurus sebuah syarikat sebagai upah untuk mengeluarkan sijil dan transkrip program asasi sains di kolej terbabit tanpa mengikut prosedur yang betul.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Kesalahan dilakukan di Bank CIMB Berhad cawangan Jerantut pada 21  dan 24 Oktober 2015.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Kamariah Seman menawarkan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN