fbpx

Hutang negara RM979.8 bilion setakat Disember lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahar.

PETALING JAYA – Hutang kerajaan Persekutuan hingga akhir Disember tahun lalu adalah sebanyak RM979.8 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, paras hutang itu adalah 63.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Nisbah hutang statutori kerajaan Persekutuan yang merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) pula mencatatkan 5.79 peratus daripada KDNK.

“Bagaimanapun, jumlah kadar hutang itu masih di bawah paras 65 peratus daripada jumlah KDNK negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian), mengenai data-data terkini pertumbuhan ekonomi negara, keadaan fiskal, hutang Kerajaan serta kaedah mengurangkan defisit dan hutang serta untuk menambah peluang pekerjaan juga pendapatan rakyat.

“Kerajaan juga sedang membangunkan Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) dan melaksanakan Semakan Semula Perbelanjaan Awam (PER) bagi menambah baik asas hasil dan memastikan kecekapan perbelanjaan kerajaan.

“Pelaksanaan langkah-langkah tersebut dijangka mampu mengukuhkan kembali kedudukan kewangan demi memastikan kemampanan fiskal dan kemampuan keberhutangan kerajaan dalam jangka masa sederhana dan panjang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI