fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat di Kuantan, Pekan dan Rompin petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di negeri Pahang, Johor dan Sabah petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan tersebut dijangkakan berlaku sehingga pukul 4 petang.

“Di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor, keadaan dikatakan hanya tertumpu di Mersing.

“Sementara itu, di Sabah membabitkan Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” katanya.

Tambahnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN