fbpx
Mekda tidak pernah menyesal mendirikan rumah tangga dengan lelaki Malaysia.

‘Kami bukan perampas, bahagia biarpun jadi isteri kedua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Cacian dan cemuhan yang diterima sedikitpun tidak mematahkan impian wanita Thailand untuk bersuamikan lelaki Malaysia sekali pun sebagai isteri nombor dua.

Bukan setakat itu, mereka juga mempunyai alasan kukuh dalam memilih teman hidup, sekali gus menafikan tohmahan sebagai wanita perampas kepada kebahagian orang lain.

Wanita-wanita Thailand ini yang kebanyakkannya berketurunan Melayu Siam mengakui, mereka masih mempunyai pendirian dan berpegang pada matlamat Islam yang sebenar.

Seorang wanita dari Patani, Thailand dikenali sebagai Mekda, 39, berkata, dia memilih pasangan warga Malaysia atas dasar cinta meskipun menyedari lelaki itu sudah berumah tangga.

Peniaga produk kecantikan itu berkata, rumah tangga selama enam tahun bersama pasangan berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pengusaha restoran makanan di Pulau Pinang kini berjalan lancar dan gembira dengan jodoh yang dipilihnya.

“Memang ramai curiga de­ngan saya selain menuduh suami mangsa ubat guna-guna, malah ada juga yang membenci terutama keluarganya (suami), adik-beradik dan juga isteri pertamanya.

“Apapun, jangan pandang kami sebagai wanita jahat, kami bukan kaki rampas suami orang lebih-lebih lagi lelaki Malaysia. Kami ada alasan sendiri dan niat baik berkahwin dengan mereka.

“Saya sebenarnya jatuh cinta dengan cara layanan manja dan wajah segak lelaki Malaysia biar­pun tidak kisah saiz badannya gemuk atau perut buncit. Itu dianggap lebih istimewa,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Cerita Mekda lagi, dia berdepan banyak dugaan sepanjang menjalinkan hubungan dengan suaminya.

“Sepanjang berkahwin, saya belum pulang ke kampung halaman, di tambah pula dengan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu. Tiada peluang balik ke kampung sehingga hari ini.

“Mengenai madu pula, saya cuba berbaik tetapi suami pula cuba elak untuk kami berjumpa. Mungkin isteri pertamanya terlalu marah dengan hubungan kami,” ujarnya yang masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha premis makanan yang mahu dikenali sebagai Ani, 41, memberitahu, bukan semua wanita Siam mempunyai sikap buruk atau pemusnah rumah tangga pasangan Malaysia.

“Saya juga memilih pasangan negara ini yang juga pembantu di restoran milik saya sejak hampir 10 tahun lalu. Dia bukan suami orang, hubungan kami kekal bahagia bersama cahaya mata lelaki berusia dua tahun.

“Saya tidak memilih lelaki kaya, malah cukuplah sekadar dia dapat menjaga bisnes dan keselamatan diri saya. Apa yang dia mahu, saya bagi termasuk kereta BMW 3 Series yang dibeli Mei tahun lalu,” jelasnya.

Di Kota Bharu, Kelantan, seorang wanita Thailand yang bekerja sebagai pelayan sebuah kedai makan tidak kisah untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya sejak tujuh tahun lalu.

Fatimah Hassan, 50, berkata, perkenalan dengan suaminya di kedai makan tempat dia bekerja ketika itu merupakan bibit-bibit awal percintaan mereka.

Mengimbas kembali kenangan 15 tahun lalu, menurutnya, suami yang juga seorang kontraktor se­ring datang ke kedai makan majikannya.

“Ketika itu, dia memaklumkan sudah mempunyai dua orang isteri dan menyatakan hasrat untuk menambah seorang lagi orang rumah dengan nada bergurau,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN