fbpx
Seorang wanita menghitung hari untuk dimadukan apabila suaminya tetap mahu menikah gadis Siam sebaik sempadan antarabangsa dibuka mulai 1 April ini.

Tetap ke Siam untuk berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Segelintir wa­nita di negara ini diselubungi rasa resah dan terpaksa berendam air mata apabila hanya menunggu masa untuk dimadukan suami masing-masing yang telah me­nyatakan hasrat untuk bernikah de­ngan gadis Siam sebaik pintu sempadan dibuka mulai 1 April ini.

Rata-rata wanita yang bakal mendapat ‘kawan baharu’ itu memberitahu, rumah tangga yang dibina bertahun-tahun sudah tidak lagi harmoni dengan kehadiran orang ketiga.

Ibu kepada anak empat yang dikenali sebagai Aireen, 36, berkata, dia tidak dapat membayangkan rumah tangga yang dibina selama 14 tahun bakal diganggu dengan kedatangan isteri baharu suaminya.

Katanya, bakal madunya me­rupakan pemilik sebuah restoran tomyam berasal dari Siam yang sudah bercinta dengan suaminya sejak September tahun lalu.

“Suami memberitahu wanita Siam itu pandai membelai, memberi kasih sayang dan wang ringgit kepadanya.

“Memang saya tidak mampu tabur wang kepadanya dan sekadar hanya dapat tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak yang masih kecil,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Aida, dia hanya mampu menangis lebih-lebih lagi mendapat tahu yang suaminya sudah mengatur perancangan dan me­ngajak rakannya untuk menjadi saksi pernikahan di Siam.

Tambahnya, sejak mempu­nyai kekasih, suaminya jarang pulang ke rumah.

“Suami sering membuat panggilan video dengan bakal isteri baharunya dan sikapnya juga berubah selepas mendapat tahu sempadan akan dibuka bulan depan,” katanya.

Ujar Aireen, dia cuba menyelamatkan rumah tangganya dengan memujuk suaminya, tetapi lelaki itu tetap dengan keputusannya.

Dalam pada itu, seorang pekerja kilang di Bayan Lepas yang dikenali sebagai Aishah, 39, berkata, dia juga bakal dimadukan apabila suaminya yang mahu menikah dengan bekas rakan sepejabat.

“Suami merupakan pegawai di sebuah syarikat swasta dan dia nekad mahu bernikah dengan bekas rakan sepejabatnya di Siam. Puas saya nasihat suami, namun dia tetap mahu berkahwin de­ngan gadis muda berusia 29 tahun itu,” katanya.

Sehubungan itu, Aishah berharap pihak berkuasa dapat memperketatkan syarat dan la­rangan bagi pasangan yang ingin berkahwin di Siam.

Sementara itu, seorang ekse­ku­tif dikenali sebagai Din, 45, berkata, wanita Siam mempu­nyai perwatakan lemah lembut, manja dan tidak kedekut dengan suaminya.

Katanya, dia memi­lih wanita Patani sebagai isteri kedua pada 2018 kerana pandai menyimpan duit hasil menjual produk kecantikan di negeri ini.

“Dia membantu saya dari segi kewangan. Saya sangat bahagia dan rasa seperti baru mendirikan rumah tangga buat kali pertama,” kata­nya.

Namun katanya, dia tidak pernah melupakan tanggungjawab kepada anak dan isteri pertama.

“Saya menikah lagi sebab hu­bungan de­ngan is­teri pertama semakin di­ngin selepas dia melahirkan anak bongsu. Hubu­ngan kelamin pun jarang-jarang,” ka­ta­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN