fbpx

PRN Johor : Bekas ADUN Bersatu ‘lompat’ semula ke BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosleli Jahari.

KOTA TINGGI – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Rosleli Jahari hari ini mengumumkan keluar dari parti itu dan menyertai UMNO kembali.

Video pengumuman tersebut yang berdurasi satu minit 20 saat dimuat naik di Facebook Najib Razak hari ini.

Rosleli berkata, dengan pengumuman itu beliau dengan ini akan membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama.

“Saya dengan rasa rendah hati syukur dan tawaduk kepada Allah ingin umumkan keluar dari parti Bersatu kerana hilang keyakinan kepada presiden parti dan pentadbiran seluruh Malaysia.

“Dengan ini saya memohon untuk sertai UMNO parti asal saya untuk saya kembali berjuang dalam parti UMNO dan khasnya membantu calon-calon atas tiket BN khasnya di kawasan DUN Johor Lama.

“Jadi tugas saya kepada Bersatu selesai apabila UMNO dan BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Johor,”katanya dalam video tersebut.

Terdahulu, Rosleli yang sebelum ini bertanding atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) bertindak keluar parti selepas Pakatan Harapan (PH) menang sekaligus mentadbir kerajaan melalui gabungan parti bersama Bersatu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI