fbpx
Gambar hiasan

Pusat operasi sindiket pinjaman wang haram diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis berjaya menumpaskan satu kegiatan menawarkan pinjaman wang secara haram selepas menyerbu sebuah premis yang disyaki pusat operasi sindiket di Simpang Ampat, Nibong Tebal di sini kelmarin.

Pada operasi kira-kira pukul 4.30 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan BSJK IPD Seberang Perai Selatan itu, polis turut menahan 10 individu yang berada di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, hasil risikan, premis tersebut disasarkan dalam Op Vulture itu sebelum menemui beberapa individu bersama sejumlah peralatan elektronik yang mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis mengesyaki premis berkenaan menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang secara online tanpa lesen dan pusat panggilan bagi kegiatan mengutip hutang.

“Polis menahan enam lelaki dan empat perempuan warga tempatan berusia 18 hingga 30 tahun.

“Peralatan seperti komputer riba, telefon bimbit dan kad prabayar yang disyaki digunakan dalam kegiatan itu turut dirampas bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Sementara itu, Chong Chern berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN