KUALA LUMPUR – Pepsi memperkenalkan tiga reka bentuk tin baharu edisi terhad yang melambangkan keunikan budaya tanah air bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.
Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T. Sundaram berkata, reka bentuk yang dihasilkan dengan kerjasama pelukis tempatan itu mengetengahkan peralatan memasak yang sering digunakan rakyat negara ini iaitu periuk tanah liat, lesung batu dan acuan kuih loyang.
Menurutnya, tin minuman tersebut hanya ditawarkan di peruncit tertentu iaitu MyNews, Kedai Mesra Petronas dan Shell Select bermula September ini.
“Sambutan Hari Malaysia kali ini amat istimewa dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat ke hadapan setelah menghadapi situasi mencabar.
“Pada saat penting ini, Pepsi mahu menghargai kepelbagaian budaya Malaysia sambil meraikan seni dan artis tempatan,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.
Selain itu, bagi memeriahkan suasana sambutan, Pepsi turut menganjurkan peraduan digital Beli, Ambil Gambar dan Menang pada bulan September yang memberikan hadiah wang tunai RM100 kepada 10 pemenang setiap hari.
Orang ramai hanya perlu mendapatkan tiga tin pepsi edisi terhad yang berlainan, ambil gambar bersama ketiga-tiga tin minuman tersebut dan memuat naik gambar di media sosial menggunakan tanda pagar #PepsiBudayaKitaAlamiBersama.
Pepsi rai Hari Malaysia dengan tin edisi terhad
- Oleh KOSMO!
- 9 September 2020, 9:36 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Sedekad FamilyMart, kopi RM3.90 antara pelbagai menu baharu diperkenal
6 November 2026, 7:46 pm

Bermodal RM50, Adline bina jenama kopi
9 Oktober 2026, 10:14 am

ESD Global sasar jualan 100,000 kotak Anggun Singset Koffee
5 Oktober 2026, 6:08 pm

Selepas Hari Malaysia, warga KL perlu tempuh 52 hari tanpa cuti umum
17 September 2026, 2:06 pm

Erti Malaysia dalam dunia generasi Alfa
17 September 2026, 10:10 am

Pemberian khas Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion
16 September 2026, 11:56 pm

Perpaduan asas kekuatan, kestabilan negara – Agong
16 September 2026, 12:26 pm

Kepelbagaian satukan Malaysia – Johari
16 September 2026, 12:21 pm








