fbpx

Trend beli susu badan online di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Susu badan yang tidak disaring mungkin tercemar dengan bahan-bahan cecair lain seperti susu lembu atau disimpan di dalam beg yang mengandungi kimia industri BPA. – Getty

LONDON – Pakar-pakar kesihatan di Britain memberi amaran agar orang ramai tidak membeli susu badan yang dijual secara online kerana berisiko mengandungi pelbagai jenis bakteria, virus dan dadah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Trend penjualan susu badan secara online mendapat sambutan di Britain. Akhbar The Guardian melaporkan bahawa ia dijual pada harga £15 (RM85.50) untuk bagi setiap 150 mililiter di laman eBay.

Seorang wanita di Britain baru-baru ini turut mendedahkan bahawa dia mampu menjana pendapatan sehingga £10,000 (RM56,987) hasil daripada jualan susu badannya kepada ahli bina badan.

Susulan perkembangan trend tersebut, seorang penyelidik awam di Universiti Cambridge, Dr. Sarah Steele mendesak orang ramai agar tidak membeli susu badan.

Menurutnya, susu badan merupakan sejenis cecair badan dan kebanyakan iklan di laman eDgang mengandungi maklumat yang sedikit mengenai keselamatan dan penjual produk tersebut.

“Anda membeli susu badan daripada orang asing yang tidak dikenali serta tidak menjalani saringan kesihatan. Anda tidak tahu keadaan penjual dan ia amat tidak selamat,” katanya.

Tambah Steele, susu badan yang diberikan kepada bayi yang memerlukan perlu disaring dan dipasteur terlebih dahulu. 

Penderma juga perlu menjalani pemeriksaan bagi jangkitan seperti virus kurang imun (HIV), Hepatitis B, sifilis, mengesan sama ada mereka merokok atau mengambil dadah.

“Susu badan yang tidak disaring mengandungi banyak bahan yang tidak selamat. Ia mungkin tercemar dengan bahan-bahan cecair lain seperti susu lembu atau disimpan di dalam beg yang mengandungi kimia industri BPA,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI