fbpx
Noor Hisham

Lelaki di Sarawak mangsa terbaharu rabies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seorang lelaki berusia 51 tahun dari Kuching, Sarawak, meninggal dunia semalam akibat dijangkiti wabak rabies.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes terbaharu itu menjadikan jumlah kes bagi tahun ini adalah tiga dengan kesemuanya meninggal dunia.

Beliau berkata, setakat ini, jumlah keseluruhan kes rabies di Sarawak adalah 25 kes termasuk 24 kematian sejak wabak itu diisytiharkan pada 1 Julai 2017.

“Mangsa disahkan dijangkiti virus rabies melalui ujian makmal yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 4 September lalu.

“Terdahulu, mangsa dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 26 Ogos lalu kerana mengalami sakit belakang menyebabkan kesukaran untuk bergerak selama tiga hari sebelum dimasukkan ke wad,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN