fbpx
Barangan yang dirampas daripada dua suspek termasuk bekas banduan yang melakukan 21 kes pecah cermin kenderaan dan bangunan.

Bekas banduan,rakan dicekup pecah cermin kenderaan dan bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Seorang bekas banduan ternyata tidak insaf melakukan jenayah apabila terlibat dalam 21 kes pecah cermin kenderaan dan bangunan bersama rakannya dalam tempoh sebulan di sekitar daerah ini.

Suspek berusia 40 tahun yang baharu dibebaskan daripada penjara Julai lalu itu diberkas bersama rakannya berumur 35 tahun di Kawasan Perindustrian Kecil Kapar di sini, kira-kira pukul 12 tengahari, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, penanahan itu susulan laporan polis berhubung pecah masuk sebuah pejabat di Dataran Ocean di sini ini pada 16 Ogos lalu.

Katanya, sebanyak empat buah televiysen iaitu tiga daripadanya berukuran 40 inci dan selebihnya 60 inci yang dianggarkan bernilai RM4,000 telah dibawa lari oleh dua lelaki menaiki sebuah kereta yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).

“Bertindak atas maklumat itu, kedua-dua suspek kemudiannya berjaya ditangkap di samping merampas pelbagai barangan yang disimpan di dua lokasi berasingan.

“Ini termasuk peralatan melakukan jenayah tersebut, kereta Perodua Myvi, pemain cakera padat digital (DVD), radio , amplifier, telefon bimbit pelbagai jenama, kad akses pintu dan sumber makanan sebuah resort di Pahang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Nurulhuda, siasatan turut mendapati kedua-dua suspek yang bekerja sebagai tukang wayar dan pengutip hutang itu turut memiliki rekod jenayah lampau termasuk dadah.

Tambah beliau, ini termasuk salah seorang suspek baharu sahaja dibebaskan daripada penjara pada Julai lalu atas kesalahan samun.

“Mereka juga mengaku melakukan 21 kes jenayah pecah cermin kenderaan dan bangunan di sekitar daerah ini sejak bulan lalu.

“Kedua-dua suspek kini direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN