fbpx

Melaka miliki akademi ragbi pertama dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIS (kanan) menandatangani plak perasmian ARM di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka kelmarin.

MELAKA menubuhkan Akademi Ragbi Melaka (ARM) yang merupakan akademi pertama dalam negara mengkhususkan latihan sukan itu di peringkat sekolah menengah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, penubuhan akademi itu adalah bagi memberi fokus pembangunan sukan dan kesenimbungan bakat yang dikenal pasti sejak di pe­ringkat sekolah rendah.

Katanya, sehingga kini seramai 40 pelajar Tingkatan 1 dan 5 telah dipilih mengikuti latihan ARM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas.

“Melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan Persatuan Ragbi Melaka, kita telah menubuhkan ARM untuk mewujudkan kesinambungan pelajar yang berbakat dalam sukan ini untuk meneruskannya di peringkat sekolah menengah.

“ARM merupakan akademi pertama dalam negara yang memfokuskan latihan dalam sukan ragbi dan tidak seperti sekolah sukan negeri,” katanya selepas merasmikan penubuhan ARM di Ayer Keroh, Melaka kelmarin.

Tambahnya, akademi itu ditubuhkan di bawah Unit Pemba­ngunan Bakat Murid JPN dan Majlis Sukan-sukan Sekolah Ne­geri Melaka.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Presiden Persa­tuan Ragbi Melaka berkata, tenaga pengajar di akademi itu terdiri daripada guru-guru yang terlibat dalam sukan ragbi dan jurulatih persatuan itu sendiri.

“Saya yakin mereka (tenaga pengajar) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) tertentu, saya harap semua faham, dalam keadaan sekarang sebenarnya pelajar masih belum boleh bersukan secara total.

“Jadi, selepas fasa pandemik ini, bolehlah mereka diajar cara yang sebetulnya untuk bermain sukan ragbi dan akademi ini dilancarkan pada hari ini adalah bagi persedian awal anak-anak ini,” katanya.

Katanya, pelajar yang cemerlang dalam sukan dan akademik juga berpeluang tinggi untuk diserap terus ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mempunyai skuad ragbi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI