Gambar hiasan.

Amaran cuaca buruk di empat negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, amaran itu melibatkan daerah Muallim di Perak manakala Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor.

Selain itu, keadaan yang sama turut berlaku di keseluruhan kawasan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Cuaca buruk ini dijangka berterusan sehingga pukul 9 malam hari ini bagi tiga negeri yang terlibat.

“Sementara itu, di Sarawak, amaran ribut petir melibatkan kawasan Kapit (Bukit Mabong dan Belaga) dan Limbang yang dijangka berterusan sehingga lewat malam nanti,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN