fbpx

Warga emas parah digigit buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas parah selepas diserang buaya ketika mencari lokan di sungai berhampiran Kampung Rancangan Silabukan, Peringkat 4, kelmarin. -FOTO : Ihsan Pembaca

LAHAD DATU – Seorang warga emas parah selepas diserang buaya ketika mencari lokan di sungai berhampiran Kampung Rancangan Silabukan, Peringkat 4, kelmarin.

Bagaimanapun, lelaki berusia 70 tahun terbabit berjaya melepaskan diri dari gigitan buaya berkenaan dalam kejadian jam 4 petang itu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kaki, tangan dan perut.

“Siasatan awal mendapati mangsa bersama isteri dan lima lagi rakan sekampung pergi ke tepi sungai untuk mencari lokan.

“Namun seekor buaya secara tiba-tiba muncul di tepi sungai sebelum membaham kaki mangsa.

“Dengan bantuan rakan dan isterinya, mangsa berjaya diselamatkan selepas mereka bertindak memukul kepala dan mata buaya berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI