fbpx
Wang tunai yang dirampas selepas penahanan suspek.

Lelaki ditahan larikan RM230,744, rakan masih diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Seorang lelaki berjaya ditahan Pasukan First Response Motorcycle (FRM) Balai Polis Kota Kinabalu ekoran tindakannya memecah kereta sebelum melarikan wang tunai bernilai RM230,744 dalam kejadian pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, mangsa pemilik kereta Nissan Almera berusia 40 tahun dikatakan meletakkan kenderaanya di tempat letak kereta di hentian bas Likas Square untuk mengambil wang hasil jualan perniagaan runcit keluarganya di dalam bangunan berkenaan dalam kejadian pukul 11.45 pagi itu.

“Kejadian hanya disedari mangsa ketika kembali ke keretanya selepas mendapati alat penggera kenderaannya berbunyi selain cermin dipecahkan.

“Mangsa menyedari dua beg berisi wang tunai kutipan perniagaannya bernilai RM230,744 hilang.

“Bagaimanapun, kejadian disedari orang awam yang mendakwa melihat suspek memecahkan cermin pemandu sebelum mengambil dua beg dan terus melintas jalan.

“Orang awam kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada anggota FRM yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan terbabit.

“Anggota FRM yang bermotosikal terus bertindak mengejar kereta suspek yang cuba melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI