fbpx
BR-V mempunyai binaan yang agak tinggi seperti kenderaan crossover.

Tarikan kemasan luaran baharu Honda BR-V

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Honda BR-V mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2017 selepas setahun mendapat sambutan hangat di Indonesia.

Sejak itu, model yang berada dalam segmen tujuh tempat duduk ini secara tidak langsung bersaing dengan Perodua Aruz dan Toyota Avanza.

Honda BR-V di Malaysia mendapat jolokan family approved kerana ciri-ciri yang ditawarkan seperti konfigurasi tempat duduk, corong pendingin hawa di bahagian belakang dan penggunaan petrol yang baik.

Pada pertengahan tahun 2020, Honda Malaysia telah melancarkan model BR-V versi dipertingkatkan dengan menawarkan dua varian V dan E.

Baru-baru ini penulis telah ditawarkan untuk memandu uji varian V model itu yang berwarna Marine Purple Pearl selama beberapa hari.

BR-V dipertingkatkan ini diberikan bampar baharu.

Honda BR-V sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV), crossover dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Penulis berkata demikian kerana karakter SUV ini yang agak tinggi ibarat sebuah crossover, selain menawarkan tujuh tempat duduk umpama MPV.

Bahagian luaran varian dipertingkatkan ini menerima bampar hadapan dan belakang baharu termasuk gril radiator rekaan lebih berani yang dihias krom dan gelang gelap mengelilingi projektor halogen.

Kemasan baharu pada bahagian luaran ini memberikan imej lebih segar dan nampak signatur Honda terutamanya rekaan jeriji gril.

Model ini menggunakan rim aloi dwitona bersaiz 16 inci dengan tayar Bridgestone Ecopia bersaiz 195/60.

Selain itu turut ditawarkan antena shark fin.

Tiga warna baharu ditawarkan seperti Marine Purple Pearl, White Orchid Pearl dan Passion Red Pearl.

RUANG dalam SUV ini yang bercirikan sporty dengan warna hitam dan merah.

Penulis difahamkan, tiada perubahan pada bahagian enjin dan ciri-ciri keselamatan. Honda BR-V ini masih menggunakan enjin 1.5 liter dan transmisi CVT.

Gabungan itu menghasilkan kuasa maksimum 120PS dan tork maksimum 145Nm. Honda BR-V mampu memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 12.2 saat dan tahap kelajuan maksimum 160km/j.

Ciri-ciri keselamatan masih mengekalkan dua beg udara, ABS dengan EBD, sistem kawalan cengkaman, bantuan kestabilan kenderaan dan ISOFIX selain kamera undur.

Masuk ke ruang kabin, penggunaan warna gelap dan merah memberikan imej lebih sporty. Apa yang menarik model ini turut hadir dengan pedal shift.

Pedal shift sebenarnya dapat memberikan sedikit rasa penukaran gear walaupun menggunakan transmisi CVT.

Komponen menarik lain termasuklah sistem audio dengan paparan tujuh inci, enam pembesar suara, penapis kabin, penyaman udara automatik, butang penghidup enjin dengan kemasukan tanpa kunci.

Penulis tidak menafikan dakwaan pemilik-pemilik BR-V berkenaan kedapan bunyi agak kedengaran terutama waktu hujan, tetapi itu bukan masalah besar kerana secara keseluruhan model ini boleh dikira ‘cukup’.

Dari segi pemanduan, pengalaman Honda BR-V ibarat memandu sebuah kereta berbanding model-model lain yang rasanya seperti van.

Kesimpulannya, setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Bagi saya kekurangan pada model ini masih berbaloi untuk dibeli berbanding kekurangannya. Apapun tanya poket anda ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN