fbpx
Jalan Bangas di Kampung Simpang Loy yang dinaiki air bah sehingga 0.6 meter dan laluan ditutup kepada semua jenis kenderaan hari ini.

Banjir : Dua laluan Segamat ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Dua laluan Kampung Bukit Tempurong dan Kampung Simpang Loy ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan dinaiki air banjir sehingga 0.6 meter, di sini sejak pagi tadi.

JKR Johor dalam satu kenyataan berkata, dua laluan itu membabitkan Jalan Jabi di Kampung Bukit Tempurong dan Jalan Bangas di Kampung Simpang Loy.

“Jalan Jabi di Kampung Bukit Tempurong dinaiki air banjir sedalam 0.5 meter manakala Jalan Bangas di Kampung Simpang Loy pula dinaiki air bah hingga 0.6 meter.

“Kedua-dua laluan berkenaan ditutup kepada semua jenis kenderaan.

“Pengguna yang mahu melalui Jalan Bangas, boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Kuala Paya Balai Badang manakala tiada laluan alternatif untuk Jalan Jabi,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN