fbpx
Gambar hiasan.

Ibadah Umrah ditangguh sementara mulai 8 Januari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah bermula 8 Januari ini susulan peningkatan kes Omicron dalam kalangan jemaah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, berikutan itu, tiada perjalanan mengerjakan umrah selepas 7 Januari sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Katanya, tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu ditangguhkan berkuatkuasa hari ini.

“Selain itu, kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi jemaah umrah yang pulang ke Malaysia bermula 3 Januari.

“Bagi jemaah yang akan berlepas pada 1 hingga 7 Januari, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan namun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak Nadma apabila tiba di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Ujarnya lagi, penangguhan sementara aktiviti umrah ini dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan Omicron dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes Covid-19. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN