JOHOR BAHRU – Indeks jenayah di negeri ini mencatatkan penurunan sebanyak 40 peratus sejak awal tahun hingga bulan lalu berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, statistik itu melibatkan jenayah kekerasan, harta benda, curi motosikal, pecah rumah dan samun berkawan tanpa senjata api.
Katanya, sebanyak 3,707 kes direkodkan sejak Januari sehingga bulan lalu berbanding 6,176 kes pada tempoh sama tahun sebelumnya yang merekodkan pengurangan sebanyak 2,469 kes.
“Jenayah kekerasan menunjukkan penurunan sebanyak 355 kes iaitu 31 peratus, jenayah harta benda pula merekodkan 2,114 kes (42 peratus) dan curi motosikal mencatatkan 1,062 kes (51.7 peratus).
“Bagi jenayah pecah rumah merekodkan penurunan 762 kes (27.2 peratus), manakala kes samun berkawan tanpa senjata api pula sebanyak 223 kes (42.5 peratus),” katanya pada Program Town Hall Discussion di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini hari ini. -K! ONLINE














