HASRAT beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk melangkah ke pentas final kejohanan badminton Masters Indonesia di Bali tidak kesamĀpaian.
Ia susulan kekalahan 18-21, 21-19, 17-21 kepada pasangan ranking ke-10 dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam tempoh satu jam tiga minit pada separuh akhir semalam.
Aaron mengakui, permainan mereka kurang baik jika dibanĀdingkan dengan prestasi yang mereka tampilkan ketika menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin di suku akhir kelmarin.
āKami hilang fokus pada rubber set yang menyebabkan pihak lawan menjarakkan diri jauh deĀngan kami. Namun, saya tetap berpuas hati dengan prestasi kami walaupun kalah.
āSekarang kami tidak mahu meletakkan banyak tekanan kepada diri sendiri.
āKami akan cuba meningkatkan tahap permainan untuk bermain lebih bagus pada Terbuka Indonesia selepas ini,ā katanya selepas tamat perlawanan semalam.
Sementara itu, Wooi Yik menegaskan, mereka akan mempelajari kesilapan daripada kejohanan tersebut untuk tampil lebih bertenaga pada Terbuka Indonesia yang juga dijadualkan berlangsung di Bali bermula Selasa ini.
āKami dapat kalahkan juara Olimpik, tetapi kami tewas hari ini (semalam) kerana kesilapan. Kami akan perbaikinya dan lakukan yang terbaik selepas ini,ā jelasnya.
Satu lagi wakil beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga gagal ke final selepas tewas 21-18, 17-21, 11-21 kepada pasangan tuan rumah, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya SukaĀĀmuljo.
Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Yew Sin-Ee Yi kerana mampu memberikan tentangan sengit kepada beregu No. 1 dunia itu sehingga Āmenyaksikan tali raket Kevin putus sebanyak tiga kali dalam aksi tersebut.














