fbpx

Sanusi ejek TMJ, Pemuda Pas Johor mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan yang dimuat naik Sanusi didakwa ditujukan kepada Tunku Ismail selepas perlawanan Kedah FC menentang JDT malam semalam yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

JOHOR BAHRU – Gara-gara ‘kenakalan’ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengusik pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Dewan Pemuda Pas Negeri Johor memohon maaf kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini.

Ini susulan ‘percakaran’ di media sosial antara Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), dengan Tunku Mahkota Johor.

Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, pihaknya mengambil maklum akan perlawanan yang berlangsung antara pasukan JDT dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, semalam.

Menurutnya, pihaknya mengambil maklum berlaku salah faham dikhuatiri berpunca kekhilafan laras bahasa digunakan Muhammad Sanusi kepada Tunku Mahkota Johor lantaran teguran yang diberikan merujuk kepada isu tunggakan gaji para staf dan pemain KDA FC.

“Tanpa niat menderhaka, kami percaya bahawa beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Menteri Besar Kedah hanya membangkitkan semangat kesukanan, bukan atas dasar kepentingan peribadi.

“Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dengan rendah hati ingin merafak sembah ampun kepada Tunku Mahkota Johor di atas kekhilafan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan dimuatnaik dalam laman Facebooknya hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI