fbpx

Tular video pemancing bagi ikan hisap rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan pemancing menyumbat sebatang rokok ke mulut seekor ikan menjadi tular dan dikecam pengguna media sosial.

Menerusi video berdurasi 22 saat yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, @Pakcik Azroy Azroy memaparkan, beberapa orang individu dipercayai pemancing yang sedang berada di atas bot meletakkan seekor ikan di atas tong berwarna merah.

Lebih kejam, mulut ikan tersebut disumbat dengan sebatang rokok yang dihidupkan dan kedengaran suara perakam tertawa melihat reaksi ikan tersebut yang dilihat seolah-olah menghisap rokok tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati orang ramai mengecam tindakan individu-individu tersebut yang berlaku kejam terhadap haiwan.

“Kenapa buat macam ikan tu macam tu? Dah lah dia sepatutnya hidup dalam air, letak di atas darat pun dah buat dia sakit. Ingat, kau tu cari rezeki di laut,” kata Briged Mania.

“Bergurau ada batas. Saya tak doakan untuk ditimpa nasib buruk, tapi saya doakan dapat pengajaran hasil dari perbuatan kamu ini,” kata Safwan.

“Arwah ayah aku nelayan, selalu pesan pantang larang ketika di laut. Baca komen katanya yang merakam ini kerja tangkap ikan, hati-hatilah satu hari pasti kena balasan,” kata Shirul. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI