fbpx
GOMES (kanan) meledak gol kedua Melaka United ketika mereka menundukkan KDA FC pada aksi di Stadium Hang Jebat kelmarin. – FB MELAKA UNITED FC

Melaka unggul kuasai Kumpulan C

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASUKAN Melaka United mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk muncul juara Kumpulan C dengan rekod tanpa kalah selepas menewaskan finalis 2019, Kedah Darul Aman (KDA FC) 2-0 pada aksi di Sta­dium Hang Jebat kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, skuad Sang Kancil tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata berharga hasil ledakan yang dilakukan oleh dua tonggak import, Manuel Ott dan Giovani Gomes.

Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengakui kemenangan itu memberikan gambaran bahawa pasukannya boleh merealisasikan harapan untuk melangkah jauh pada kempen kali ini.

“Saya sangat gembira dengan apa yang pasukan pamerkan kerana bukan mudah untuk menewaskan pasukan seperti KDA FC tetapi anak-anak buah saya membuktikan tiada apa yang mustahil.

“Mereka berjaya mendominasi perlawanan seawal minit pertama dan memanfaatkan dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Tidak keterlaluan untuk saya katakan kemenangan ini merupakan hadiah hari jadi terbaik buat saya.

“Kini, fokus seterusnya sudah tentu persiapan untuk mengharungi aksi suku akhir menentang Sabah FC nanti bagi mencari slot separuh akhir,” katanya.

Sementara itu, pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak me­ng­­­akui kehilangan beberapa tonggak utama seperti Rizal Ghazali, Ariff Farhan Md. Isa dan Rabih Attaya menjadi antara punca kegagalan pasukan mencari kemenangan dan memberi cabaran yang diharapkan.

“Kami beraksi tanpa pemain penting seperti Rizal, Ariff dan Attaya tetapi saya enggan jadikan situasi itu sebagai alasan. Melaka ternyata lebih kuat dan layak untuk menang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN