fbpx

Ogbonna resahkan West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OGBONNA dikesan berdepan masalah kecederaan ACL dan mungkin terpaksa diketepikan untuk tempoh yang agak lama. – AFP

LONDON – West Ham United menerima perkhabaran duka ketika prestasi mereka ketika ini cukup melonjak apabila pemain pertahanannya, Angelo Ogbinna mungkin terpaksa berehat panjang.

Ogbonna disahkan mengalami kecederaan lutut yang serius ketika The Hammers merakam kemenangan sensasi 3-2 mele­burkan rekod tanpa kalah Liverpool dalam 25 aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) awal pagi Isnin lalu.

Kemenangan itu turut me­nyaksikan West Ham kini berada di kedudukan ketiga EPL tetapi mereka bakal kehilangan Ogbonna­ yang mengalami kece­deraan anterior cruciate ligament (ACL).

Ketua pasukan perubatan kelab berkenaan, Richard Collinge mengesahkan perkara itu dalam laman web kelab tersebut sambil mengakui pada mulanya Ogbonna dikeluarkan pada aksi menentang Liverpool ke­rana mengalami luka di bahagian bawah mata.

“Angelo mengalami luka di bahagian bawah mata menyebabkan dia dikeluarkan tetapi dia mula merasa kesakitan di bahagian lutut menyebabkan kami melakukan ujian imbasan.

“Hasil ujian tersebut mendapati dia mengalami kecederaan ACL dan kami sudah memulakan pelan rawatan dan rehabilitasi untuk memulihkannya.

“Angelo akan bertemu bebe­rapa pakar minggu ini dan kami akan melihat gambaran lebih jelas mengenai tahap kecederaan dan proses pemulihan yang sepatutnya dilalui,” katanya.

Ketika West Ham masih belum dapat memastikan mengenai jangka masa proses pemulihan, sekiranya Ogbonna terpaksa menjalani pembedahan, dia mungkin terpaksa berehat untuk tempoh paling kurang enam bulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI